Arang Gigi Putihkan Gigi? Hati-Hati Dengan Keburukannya!
Trend guna arang aktif (activated charcoal) untuk putihkan gigi memang tengah popular sekarang. Tapi ramai tak tahu, sebenarnya penggunaan kerap boleh bawa kesan buruk jangka panjang. Ni beberapa keburukannya:
Hakis Enamel Gigi
Arang bersifat kasar. Bila digosok selalu, ia boleh menghakis lapisan enamel – pelindung semula jadi gigi. Akibatnya, gigi jadi sensitif dan mudah reput.
Tak Bersihkan Gigi Sepenuhnya
Arang hanya buang kotoran luar, tapi tak hilangkan plak dan bakteria yang sebabkan gigi berlubang dan bau mulut.
Boleh Gores Gusi
Tekstur arang boleh lukakan gusi dan buat gusi berdarah. Bila gusi luka, risiko jangkitan pun meningkat.
Tiada Bukti Klinikal Kukuh
Banyak produk arang tak diluluskan KKM, dan kajian saintifik masih kurang. Guna tanpa pengawasan boleh memudaratkan.
Kalau nak gigi lebih cerah, ini beberapa pilihan yang dinasihatkan oleh doktor gigi:
Scaling & Polishing
Rawatan asas di klinik gigi. Bersihkan plak dan stain yang menyebabkan gigi nampak kuning.
Pemutihan Gigi Profesional (Teeth Whitening)
Rawatan klinik guna bahan pemutih selamat (contohnya hidrogen peroksida) dengan pemantauan doktor.
Ubat Gigi Pemutih Berdaftar
Pilih ubat gigi yang ada label KKM. Bahan seperti baking soda atau silica lebih lembut berbanding arang.
Elak Makanan Penyebab Stain
Kurangkan kopi, teh, rokok – semua ni boleh buat gigi kuning. Minum dengan straw pun boleh bantu kurangkan sentuhan pada gigi.
Kesimpulan: Putihkan gigi bukan dengan trend semata, tapi dengan cara yang selamat dan terbukti. Dapatkan nasihat doktor gigi sebelum guna sebarang produk.
Jika anda ingin lakukan memutihan gigi boleh datang ke Klinik Pergigian An-Nur, Kuala Terengganu.